More

    HONOR MagicPad 4 turut diumum dengan SD 8 Gen 5, OLED 12.3″ dan bateri 10100mAh bermula RM3,399

    Selain pelancaran telefon pintar boleh lipat Magic V6, HONOR turut mengumumkan ketibaan tablet premium baharunya iaitu HONOR MagicPad 4 untuk pasaran Malaysia. MagicPad 4 dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

    Pada bahagian hadapan, tablet dilengkapi dengan skrin OLED 12.3 inci dengan resolusi 3000 x 1920 piksel dan kadar segar semula 165Hz serta menyokong sehingga 1.07 bilion warna. Bagi pengalaman hiburan, HONOR melengkapkan MagicPad 4 dengan sistem audio lapan pembesar suara serta sokongan HONOR Spatial Audio, DTS:X Ultra dan IMAX Enhanced.

    Untuk ketahanan penggunaan harian, tablet dibekalkan dengan bateri berkapasiti 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W serta mampu mengecas penuh dalam sekitar 90 minit. Walaupun fotografi bukan fokus utama sesebuah tablet, MagicPad 4 masih dilengkapi kamera belakang 13MP serta kamera hadapan 9MP.

    HONOR MagicPad 4 akan mula dijual di Malaysia pada 12 Jun 2026 dengan harga untuk varian 12/256GB ialah RM3,399 dan varian 16/512GB berharga RM3,999. Sebagai promosi jualan, pelanggan boleh menikmati rebat RM400 untuk tempoh terhad yang menjadikan harga efektif tablet ini lebih rendah berbanding harga jualan asal.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured