More

    HONOR sahkan kemunculan Magic v6 dan Robot Phone di MWC 2026

    Acara tahunan Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2026 yang dijadualkan berlangsung pada awal Mac ini bakal menyaksikan persaingan sengit dalam industri peranti pintar. HONOR secara rasmi mengesahkan kehadirannya dan akan memperkenalkan dua peranti mercu iaitu HONOR Magic V6 serta HONOR Robot Phone.

    Berdasarkan maklumat awal, HONOR Magic V6 dijangka membawa peningkatan bateri yang sangat ketara berbanding model sebelumnya. Ia akan dilengkapi dengan sel bateri Silicon-Carbon (Si/C) berkapasiti 7,000 mAh. Jika benar, ini akan meletakkan Magic V6 sebagai telefon lipat dengan daya tahan bateri paling lama di pasaran.

    Selain itu, peranti ini bakal dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan dilengkapi kamera utama 200MP. Selain model mercu, HONOR juga bakal menarik perhatian dunia dengan HONOR Robot Phone. Peranti konsep yang telah lama diura-urakan ini akhirnya akan didedahkan secara terperinci.

    Keunikan utamanya adalah lengan robotik yang dilengkapi dengan gimbal 3-paksi. Ia membolehkan kamera telefon tersebut ditarik keluar, berputar dan menjejak objek yang bergerak secara automatik. Ciri ini merupakan sebahagian daripada “Alpha Plan” HONOR yang memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan (AI) tahap tinggi untuk interaksi manusia dan peranti.

    Acara pelancaran HONOR akan berlangsung pada 1 Mac 2026 di Palau de Congressos de Barcelona, jam 8:00 malam waktu Malaysia. Bagi pengguna di Malaysia, perkembangan ini sangat menarik kerana HONOR sering menjadikan Malaysia sebagai antara pasaran terawal untuk siri Magic mereka.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...