More

    Hotlink Travel SIM 7 hari dilancarkan — Internet 5G tanpa had 4 negara pada harga RM25

    Hotlink memperluaskan penawaran SIM Travel mereka dengan memperkenalkan pilihan tempoh sah 7 hari yang baharu pada harga RM25. Pelan baharu ini menawarkan kelajuan tanpa batas serta penggunaan internet 5G tanpa had di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia bersama-sama kemudahan panggilan tanpa had dalam Malaysia.

    Ia memberikan lebih fleksibiliti kepada pelancong asing di samping melengkapkan pilihan sedia ada untuk tempoh 15 hari dan 30 hari. Bagi pilihan Hotlink Travel SIM 7 hari yang berharga RM25, pengguna menerima had Polisi Penggunaan Saksama (FUP) sebanyak 40GB. Bagi pilihan 15 hari, ia ditawarkan pada harga RM35 dengan FUP 100GB serta ketersediaan dalam bentuk eSIM melalui aplikasi Hotlink.

    Manakala pilihan 30 hari pula berharga RM64 dengan FUP 400GB bersama akses percuma kepada siaran sukan secara langsung di platform Sooka. Semua pilihan pelan ini menawarkan kelajuan tanpa batas, internet tanpa had di empat negara yang dinyatakan dan panggilan tanpa had dalam Malaysia.

    Struktur harga yang dinyatakan bagi kesemua pelan pelancong ini sudah termasuk cukai SST sebanyak 6% yang dikenakan kepada bukan warganegara Malaysia. Hotlink Travel SIM boleh dibeli secara fizikal di Maxis Centre yang terletak di KLIA Terminal 1, KLIA Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta di hab pelancongan terpilih.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...