More

    HUAWEI lancarkan TruSense System untuk penjejakan kesihatan yang lebih tepat

    Hari ini, HUAWEI melancarkan TruSense System baharu yang meningkatkan kapasiti pemprosesan data sebanyak 15% lebih baik. Selain itu, ia mampu mengurangkan kadar kehilangan isyarat sebanyak 20% dan meningkatkan ketepatan pemantauan kadar denyutan jantung terutamanya semasa bersenam.

    TruSense System daripada HUAWEI ialah teknologi pemantauan kadar denyutan jantung dengan gabungan penderia dan algoritma yang dipertingkatkan untuk proses analisis data yang lebih tepat dengan mempelajari aktiviti pengguna yang berbeza. Untuk hasil yang berkualiti, beberapa pendekatan baharu telah diambil kira termasuk tahap kelajuan, fleksibiliti dan ketepatan.

    HUAWEI juga menfokuskan penyelidikan dan pembangunan sistem untuk memperkenalkan teknologi yang lebih cekap dan membantu meningkatkan kualiti produk. Ketepatan data meningkat sebanyak 15% walaupun dalam keadaan bacaan yang tidak optimum seperti senaman dinamik termasuk berlari, melompat tali atau dalam persekitaran suhu rendah.

    Selain itu, sistem TruSense boleh mengukur lebih daripada 60 petunjuk kesihatan dan kecergasan merangkumi enam sistem utama badan manusia serta penilaian emosi. Penderia yang disertakan akan memantau kadar denyutan jantung dan sistem saraf manusia dalam masa nyata.

    Kemudian algoritma digunakan untuk memproses dan menganalisis data menjadi penilaian yang bermakna untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat. Menariknya, penambahbaikan juga dapat dilihat berdasarkan keupayaan mengukur tahap oksigen dalam badan (SpO2) yang kini 40% lebih pantas dan membolehkan ia dilakukan dalam masa 15 saat sahaja.

    HUAWEI mampu mencapai ketepatan tersebut kerana bekerjasama dengan platform berbeza seperti pakar dalam bidang perubatan, syarikat kesihatan dan penyelidikan berterusan. Sistem TruSense akan digunakan pada peranti boleh pakai HUAWEI sekitar September tahun depan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured