More

    HUAWEI Mate80 dilancar: Kirin 9030 Pro, OLED 6.9″ 120Hz, dwi-kamera telefoto bermula ~RM2,750

    HUAWEI semalam telah melancarkan siri telefon pintar andalan (flagship) terbaru untuk pasaran China iaitu HUAWEI Mate80, HUAWEI Mate80 Pro dan HUAWEI Mate80 Pro Max. Ia dilengkapi pemproses Kirin terkini, pengimejan XMAGE, skrin LTPO OLED dan bateri yang lebih besar berbanding generasi sebelumnya.

    Berikut adalah maklumat penuh mengenai setiap model:

    HUAWEI Mate80

    Bermula dengan HUAWEI Mate80, ia menampilkan skrin OLED berukuran 6.75 inci, kadar segar semula adaptif LTPO 1-120Hz, pemalapan PWM frekuensi tinggi 1,440Hz dan resolusi FullHD+ 2832×1280. Skrin ini juga dilindungi kaca Kunlun Glass generasi kedua untuk ketahanan yang tinggi.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Kirin 9020, RAM bermula 12GB, storan dalaman bermula 256GB dan bateri 5,750mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W SuperCharge dan pengecasan wayarles 50W SuperCharge. Sistem operasinya menggunakan HarmonyOS 6.0.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama Ultra Lighting 50MP dengan nilai apertur boleh ubah f/1.4-f/4.0 dan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 40MP dan kamera telefoto periskop 12MP yang menyokong zum optikal 5.5x dan zum digital 50x. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 13MP dan sensor kedalaman 3D.

    Ia dijual pada harga bermula CNY4,699 (~RM2,750) untuk varian memori 12GB+256GB.

    HUAWEI Mate80 Pro

    Varian ini mempunyai spesifikasi skrin yang sama dengan Mate80 standard, namun perbezaannya terdapat pada cipset, bergantung kepada varian RAM. Ia menggunakan cipset Kirin 9030 Pro (untuk varian RAM 16GB) atau Kirin 9030 (untuk varian RAM 12GB). Ia menggunakan sistem operasi HarmonyOS 6.0.

    Spesifikasi kameranya juga sama dengan Mate80 standard, kecuali pada kamera telefoto di mana ia menggunakan lensa telefoto makro 48MP dengan OIS dan sensor Red Maple generasi kedua. Ia menyokong zum optikal 4x dan zum digital sehingga 100x.

    "
    "

    Kapasiti baterinya juga sama dengan Mate80 standard, namun kadar pengecasannya lebih laju iaitu pengecasan berwayar 100W SuperCharge, pengecasan wayarles 80W SuperCharge dan pengecasan berbalik.

    Ia dijual pada harga bermula CNY5,999 (~RM3,500) untuk varian memori 12GB+256GB.

    HUAWEI Mate80 Pro Max

    Mate80 Pro Max merupakan varian tercanggih yang menampilkan skrin OLED dwi-lapis 6.9 inci dengan sokongan LTPO dan resolusi FullHD+ 2848×1320. Ia turut dilindungi oleh kaca Kunlun Glass generasi kedua.

    Ia menggunakan pemproses Kirin 9030 Pro dan sistem operasi HarmonyOS 6.0. Satu ciri utama yang memisahkan Mate 80 Pro Max dengan varian lain adalah pada kameranya, di mana ia dilengkapi kamera utama Ultra HDR 50MP, kamera ultra-lebar 40MP, kamera telefoto makro 50MP dan kamera telefoto jarak jauh 50MP. Semua lensa ini dilengkapi OIS dan sensor RYYB.

    Ia menawarkan zum optikal 4x dan 6.2x, zum kualiti optikal 12.4x dan zum digital sehingga 100x. Untuk kamera hadapan pula, ia sama dengan Mate 80 Pro.

    Baterinya berkapasiti 6,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 100W SuperCharge dan pengecasan wayarles 80W SuperCharge.

    Ia akan dijual pada harga bermula CNY7,999 (~RM4,670) untuk varian memori 16GB+512GB.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan siri telefon ini untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HUAWEI China

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...