More

    HUAWEI MatePad Pro 2022 lulus pensijilan, miliki skrin OLED, bateri 8,200mAh dan HarmonyOS 3.0

    Sebelum ini, HUAWEI telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan persidangan pelancaran produk baharu pada 27 Julai ini dan bakal bertemakan HarmonyOS 3. Selain sistem HarmonyOS 3 baharu, terdapat banyak produk baharu yang bakal diperkenalkan.

    Jika dilihat pada pendedahan rasmi, peranti yang akan dilancarkan kali ini termasuk HUAWEI FreeBuds Pro 2, HUAWEI WATCH 3 Pro baharu, HUAWEI Smart Screen S86 Pro dan banyak lagi. Dalam barisan produk baharu ini juga akan terdapat HUAWEI MatePad Pro 11 inci yang telah lulus pensijilan akses rangkaian.

    Model HUAWEI MatePad Pro 11 inci 2022 telah lulus pensijilan kualiti dengan nombor model GOT-AL09. Bahagian hadapan mempunyai skrin lubang tebuk OLED dan kamera swafoto terletak di sudut kiri atas. Ia mempunyai versi WiFi dan 4G, tiga kamera belakang dan sistem HarmonyOS.

    HUAWEI akan membawakan peningkatan dalam perisian kali ini terutamanya daripada segi produktiviti seperti fungsi nota baharu yang tiada sempadan kandungan, membolehkan pengguna membuat nota dalam mana-mana antara muka dan mana-mana lokasi serta simpan kandungan yang berkaitan bersama anotasi.

    Sudah tentu, ia tersuai juga dengan pen stilus dan papan kekunci pintar yang boleh meningkatkan pengalaman pengguna. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CnBeta

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured