More

    HUAWEI sambut 34 gambar paling cantik untuk XMAGE Awards 2024, pemenang bawa pulang Pura 70 Ultra

    HUAWEI Malaysia semalam telah mengumumkan 34 orang pemenang dalam majlis anugerah fotografi XMAGE Awards Ceremony 2024 yang diadakan pada setiap tahun. 34 pemenang itu telah dipilih daripada lebih 300 gambar yang telah dihantar dan diambil menggunakan mana-mana telefon pintar HUAWEI.

    Gambar-gambar yang terpilih untuk memenangi anugerah ini telah dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada CEO Media Prima Nini Yusof, ahli fotografi Abeden Mung, ahli fotografi fesyen Bibo Aswan dan Naib Presiden HUAWEI Consumer Business Group Li Changzhu.

    XMAGE Awards merupakan pertandingan fotografi tahunan yang dianjurkan oleh HUAWEI sejak lapan tahun lalu bagi mengetengahkan bakat ahli fotografi tempatan yang menggunakan peranti HUAWEI.

    Barisan juri yang mengadili pertandingan XMAGE Awards
    Setiap pemenang membawa pulang sebuah plak anugerah

    Bertemakan “A Heartwarming World – 12 Years of Huawei Photography,” gambar-gambar ini dipilih mengikut kategori “Moments”, “Faces”, “So Far So Close,” dan “Style”. Tourism Malaysia juga terlibat dalam menganjurkan acara ini yang mengetengahkan keindahan budaya dan lokasi pelancongan tempatan.

    Para pemenang telah menerima pelbagai hadiah seperti HUAWEI Pura 70 Ultra, HUAWEI Pura 70 Pro, HUAWEI FreeClip dan banyak lagi. Di samping itu, pemenang utama untuk anugerah ini akan mewakili Malaysia dalam pertandingan global yang akan berlangsung sehingga 15 September 2024, di mana beliau berpeluang memenangi hadiah bernilai USD100,000 dan peluang untuk bekerjasama dengan platform pengiklanan antarabangsa.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...