More

    Imej janaan Motorola Razr 40 Ultra tertiris, dedahkan reka bentuk dan pilihan warna

    Motorola tahun ini nampaknya sudah bersiap sedia untuk melancarkan telefon boleh lipatnya. Menurut khabar angin, telefon ini akan dilancarkan sebagai Moto RAZR 40 Ultra. Kini, terdapat paparan imej janaan yang tertiris mendedahkan reka bentuk serta pilihan warna untuk Motorola RAZR 40 Ultra.

    Telefon ini mengekalkan dwi-kameranya dengan denyar LED. Ia menggunakan reka bentuk boleh lipat kulit cangkerang dengan paparan tinggi dengan kamera lubang tebuk berpusat serta bezelnya agak nipis. Telefon ini akan menggunakan bingkai logam jika dilihat kepada garisan antena. Bahagian sisi menempatkan butang kuasa dan kelantangan.

    Bahagian bawah pula membawa port USB-C, gril pembesar suara dan dua mikrofon yang boleh dilihat. Motorola RAZR 40 Ultra akan tersedia tiga pilihan warna iaitu merah jambu, hitam dan biru. Laporan itu juga mengesahkan skrin AMOLED dengan kadar penyegaran 120 Hz dan 2,640 x 1,080 piksel.

    Telefon ini akan mempunyai paparan luar yang lebih besar yang mungkin terbesar jika dibandingkan dengan pesaingnya. Mengikut sumber, saiznya adalah sekitar 3.4 hingga 3.6 inci. Di sebalik semua spesifikasi, telefon ini hanya akan mempunyai Snapdragon 8+ Gen 1. Penyenaraian Geekbench juga mengesahkan RAM 12GB dan storan 256GB.

    Telefon ini akan membawakan bateri berkapasiti 3,640 mAh dann mempunyai kamera Sony IMX563 12MP serta kamera ultra lebar SK Hynix Hi1336 13MP. Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 32 MP. Pelancaran telefon itu dijangka tidak lama lagi kerana Motorola terus melancarkan pengacah untuk promosi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MySmartPrice

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured