More

    Infinix AI Ring kini tersedia di Malaysia dengan harga RM499

    Infinix Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Infinix AI Ring iaitu sebuah peranti boleh pakai pintar yang menandakan kemasukan rasmi syarikat dalam segmen smart ring sekaligus memperluas ekosistem AIoT. Mempunyai berat hanya 3.7 gram, AI Ring direka untuk menjadi teman harian dalam penjagaan kesihatan, gaya hidup aktif dan kawalan pintar.

    Ia dilengkapi penderia berketepatan tinggi yang mampu memantau kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah (SpO₂), kitaran tidur termasuk REM dan menganggar tahap tekanan secara masa nyata. Menurut Infinix, pemakaian pada jari membolehkan pembacaan biometrik lebih tepat berbanding di pergelangan tangan.

    Cincin pintar ini menyokong ketahanan air dan mampu bertahan sehingga 7 hari dengan sekali cas. Ia turut hadir dengan kotak pengecas lut sinar yang juga berfungsi sebagai bekas penyimpanan mudah alih. AI Ring turut menyokong kawalan pintar seperti mengambil gambar dan mengawal muzik atau peranti rumah pintar melalui gerakan jari.

    Daripada segi sambungan, AI Ring berintegrasi penuh dengan aplikasi Infinix Health serta peranti AIoT lain keluaran Infinix. Ia juga menyokong auto-logging untuk aktiviti seperti berjalan, berlari, yoga dan berbasikal dengan maklum balas prestasi yang terperinci. AI Ring tampil dengan reka bentuk minimalis dan stackable yang membolehkannya dipakai bersama cincin lain.

    Infinix AI Ring kini boleh didapati di semua Kedai Jenama Infinix seluruh negara dan kedai rasmi dalam talian di Shopee, Lazada dan TikTok Shop pada harga RM499. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu hitam dan emas yang disertakan jaminan selama 12+1 bulan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...