More

    Infinix Note 50 dan Note 50 Pro tiba dengan skrin AMOLED 144Hz, Infinix AI bermula ~RM733

    Infinix baru sahaja melancarkan Note 50 dan Note 50 Pro di Indonesia yang menawarkan reka bentuk moden dan peningkatan prestasi. Kedua-dua model ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G100, skrin AMOLED 6.78 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 144Hz.

    Daripada segi fotografi, Note 50 hadir dengan kamera utama 50MP manakala Note 50 Pro dilengkapi dengan OIS dan tambahan kamera ultralebar 8MP. Kamera swafoto juga mendapat peningkatan dengan Note 50 menawarkan 13MP dan Note 50 Pro hadir dengan 32MP.

    Pencahayaan AI Halo Bio-Aktif pada siri Note 50 meningkatkan pengalaman pengguna dengan pelbagai fungsi pintar. Ia berfungsi sebagai penunjuk visual untuk pemasa kamera dan rakaman video serta memberi kemas kini status kesihatan seperti kadar denyutan jantung dan SpO2. Ciri ini juga memaparkan kesan bercahaya untuk pengecasan, mesej masuk dan makluman penting.

    Selain itu, sistem pencahayaan ini berintegrasi dengan Folax Assistant memberikan maklum balas visual untuk pengalaman interaksi yang lebih baik. Siri ini turut memperkenalkan Infinix AI∞ iaitu pembantu pintar yang meningkatkan kecekapan pengguna. Dengan menekan butang kuasa, pengguna boleh menapis foto, mengedit teks dan mengakses kandungan AI.

    AI∞ juga membantu dalam navigasi, carian foto serta meringkaskan teks secara automatik. Untuk komunikasi, ciri seperti terjemahan panggilan masa nyata, jawapan automatik dan pengurangan hingar memastikan perbualan lebih lancar dan jelas.

    Bateri pula berkapasiti 5,200mAh dengan pengecasan 45W pada Note 50 dan 90W pada Note 50 Pro. Kedua-dua model juga menyokong pengimbas cap jari bawah skrin, radio FM, NFC dan menjalankan XOS 15 berasaskan Android 15.

    Untuk harga, Note 50 dijual pada IDR 2,699,000 (~RM733) manakala Note 50 Pro berharga IDR 2,999,000 (~RM814). Buat masa ini, ia hanya tersedia di Indonesia dan masih tiada maklumat rasmi mengenai pelancaran di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Infinix Note 50 terbaharu dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...