More

    Ini nasihat dari Kaspersky untuk lindungi data mesej termasuk WhatsApp dari dicuri

    Pencurian data dari telefon pintar bukan perkara baharu, namun ianya semakin rancak terjadi seiring dengan kemajuan teknologi dan kepekaan teknologi maklumat. Jika anda khuatir tentang keselamatan data anda, Kasperksy memberi beberapa nasihat untuk melindungi data di dalam telefon pintar anda.

    Saranan dan nasihat dari Kaspersky ini berikutan isu hangat mengenai kemas kini polisi aplikasi WhatsApp yang dikatakan berkongsi data dengan pihak Facebook dan Instagram untuk tujuan pengiklanan. Menurut Kaspersky, semua aplikasi permesejan adalah selamat sebenarnya. Namun, berikut adalah langkah yang anda boleh ikuti untuk melindungi data mesej anda.

    • Jangan muat turun program permesejan atau program lain melalui sumber pihak ketiga. Hanya muat turun melalui gedung aplikasi rasmi.
    • Jika boleh, amalkan membaca perjanjian pengguna (user agreement). Terdapat situasi di mana pembangun aplikasi memberitahu bahawa data anda mungkin dikongsi dengan pihak ketiga.
    • Jangan klik atau ikuti pautan mencurigakan dari mesej, walaupun dihantar oleh rakan anda sendiri.
    • Guna solusi sekuriti yang disediakan pada telefon pintar anda.
    • Beri perhatian kepada permintaan dari aplikasi yang telah dimuat turun. Jika permintaan tidak menjadi faktor aplikasi untuk berfungsi sepenuhnya, ada sebab untuk anda waspada. Contohnya, aplikasi lampu suluh tidak memerlukan permintaan mengakses mikrofon anda.

    Untuk pengetahuan anda, saranan ini dikeluarkan oleh pengkaji ancaman mudah alih di Kaspersky. Menurut kami, mungkin nasihat ini kelihatan mudah, namun ia sebenarnya sering dipandang remeh.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured