More

    Inilah rupa rekaan dalaman kotak iPhone 12 dengan pengecas berasingan

    Baru-baru ini, telah tular berita tidak rasmi mengenai pengecas siri iPhone 12 yang bakal dijual berasingan. Terkini, terdapat gambar rekaan dalaman kotak iPhone 12 yang tersebar di internet.

    Gambar tersebut memperlihatkan dalaman kotak yang tanpa ruang yang memuatkan pengecas dan fon telinga. Ruang berbentuk bulat sepertinya khas untuk kabel USB-C ke Lightning, manakala ruang berbentuk petak spertinya khas untuk buku panduan dan pelekat Apple.

    Terdapat lekukan di bahagian teratas yang sepertinya menempatkan iPhone 12. Dalaman kotak ini kelihatan nipis dan hampir mustahil untuk memuatkan pengecas atau fon telinga.

    Sumber terdahulu: Pengecas 20W Apple mungkin hadir

    Apa pun, gambar ini mungkin hanya rekaan semata-mata memandangkan masih tiada berita rasmi mengenai penjualan pengecas iPhone 12 secara berasingan. Anda boleh membaca berita mengenai iPhone 12 di pautan ini.

    Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: mydrivers

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...