More

    Instagram ingin mudahkan pencipta kandungan kecil dapat lebih banyak tontonan dan pendedahan

    Pada waktu ini, kandungan video pendek yang dipaparkan dalam Instagram Reels kerap merupakan video yang dimuat naik semula (reposted) oleh pemilik akaun yang lain, menjadikan pencipta kandungan asal untuk sesebuah video itu gagal mencapai jumlah tontonan yang tinggi. Sebaliknya, jumlah tontonan itu diraih oleh pemilik akaun-akaun lain yang sekadar memuat naik semula video tersebut.

    Ini mungkin akan menyukarkan pencipta kandungan yang masih kecil untuk meluaskan saiz audiens mereka, kerana video mereka kerap “dicuri” oleh pencipta kandungan lain.

    Bagi memudahkan pencipta kandungan kecil untuk meluaskan audiens mereka, Instagram akan memperkenalkan beberapa pembaharuan yang akan mengurangkan jumlah video yang dimuat naik semula dalam Reels. Mereka berharap ini akan mengiktiraf pencipta kandungan video yang original dan bukannya sekadar memuat naik kandungan daripada akaun lain.

    Instagram akan memudahkan pencipta kandungan kecil untuk meluaskan pendedahan mereka

    Pembaharuan yang pertama adalah jika Instagram mendapati sesebuah video itu dimuat naik oleh dua akaun yang berbeza, Instagram hanya akan mencadangkan akaun asal yang memuat naik video tersebut, supaya akaun asal akan menerima jumlah tontonan dan interaksi yang sepatutnya. Cadangan tersebut akan dipaparkan dalam bahagian Explore, Reels dan dalam suapan (in-feed recommendations).

    Perlu diingati bahawa Instagram tidak akan berbuat demikian jika video asal itu telah ditokok-tambah, menjadi meme atau mempunyai komentar tambahan oleh akaun lain.

    Kedua, Instagram akan meletakkan sebuah label yang akan membawa anda ke pencipta kandungan asal. Sungguh pun begitu, pencipta kandungan asal atau akaun yang memuat naik kandungan tersebut masih boleh membuang label tersebut dengan menekan menu tiga titik di bahagian atas (three dots menu).

    Ketiga, Instagram juga akan mengelakkan sebarang akaun daripada memuat naik mana-mana kandungan yang berasal dari akaun lain (content aggregators) dengan terlalu kerap. Jika sebuah akaun itu memuat naik semula sekurang-kurangnya 10 video daripada akaun lain dalam tempoh 30 hari, akaun tersebut tidak akan dicadangkan kepada pengguna lain.

    Selain itu, Instagram juga akan memantau kandungan yang sensitif, tidak senonoh atau kurang ajar dengan lebih teliti. Ini termasuklah kandungan yang bertemakan pembunuhan diri, kemurungan, keganasan, seksual, rokok, produk yang meragukan, maklumat palsu dan banyak lagi.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Instagram

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured