More

    Instagram perkenalkan fungsi baru untuk lindung pengguna bawah umur

    Hari ini, perkhidmatan media sosial popular Instagram telah memperkenalkan beberapa fungsi baharu yang bertujuan untuk melindungi para pengguna mereka yang masih berada dalam bawah umur, terutamanya umur 16 tahun dan ke bawah.

    Antara fungsi baru adalah setiap pengguna berumur 16 tahun dan ke bawah (atau 18 tahun, bergantung kepada negara) yang baru menyertai Instagram akan memiliki akaun peribadi (private) dalam tetapan asal (default setting). Dengan akaun peribadi, segala kandungan mereka tidak boleh ditonton oleh orang awam dan hanya boleh ditonton oleh pengikut (followers) mereka yang telah dibenarkan oleh pemilik akaun.

    Sungguh pun begitu, pemilik akaun peribadi masih boleh memilih untuk menetapkan akaun mereka kepada awam (public).

    Selain itu, Instagram juga telah membangunkan teknologi yang membenarkannya untuk mengecam pengguna dewasa yang mencurigakan. Ini termasuklah pengguna yang telah dihalang (blocked) atau dilaporkan oleh para pengguna bawah umur. Para pengguna yang mencurigakan ini tidak boleh mengikut akaun yang dimiliki oleh pengguna bawah umur serta tidak boleh menonton kandungan yang dihasilkan oleh pengguna bawah umur dalam seksyen Explore atau Reels.

    Instagram juga akan menghadkan sesetengah iklan kepada pengguna yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja. Keputusan ini diambil setelah beberapa kumpulan aktivis melibatkan orang muda mengatakan pengguna bawah umur masih belum mampu untuk menilai iklan yang ditonton secara menyeluruh.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Instagram

     

    Artikel Terkini

    iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm dan bateri...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured