More

    Instagram uji ciri ‘Live Producer’, bolehkan pengguna strim langsung melalui “desktop”

    Platform media sosial milik Meta, Instagram kini sedang mengusahakan ciri ‘Live Producer’ baharu yang membolehkan pengguna mengadakan sesi Instagram Live daripada desktop mereka. Tambahan pula, ciri ini juga membolehkan pengguna menggunakan perisian penstriman pihak ketiga untuk hasil yang lebih berkualiti.

    Instagram menyiarkan ciri baharu ini di blognya namun baru-baru ini ia telah dipadam. Walau bagaimanapun, sumber daripada TechCrunch dapat mengambil tangkapan skrin dari blogpost seperti di bawah. Instagram menegaskan ciri baharu itu membuka peluang kepada produk pihak ketiga untuk digunakan ketika strim langsung.

    Ini termasuk kamera tambahan, mikrofon luaran, grafik dan sebagainya. Untuk menggunakan Live Producer, pengguna perlu terlebih dahulu menentukan perisian penstriman yang akan digunakan untuk Instagram Live. Kemudian, pengguna perlu membuka perisian penstriman,masukkan URL dan kunci strim.

    URL dan kunci strim kemudiannya akan membolehkan pengguna menyiarkan tetapan perisian penstriman mereka terus ke Instagram Live. Ini boleh dilakukan dengan membuka Instagram versi desktop, klik ‘Tambah siaran’ dan pilih ‘Live’ daripada menu.

    Selepas itu, pengguna boleh memasukkan tajuk siaran langsung mereka dalam skrin ‘Go Live’ dan memilih penonton mereka. ‘Practice’ tidak akan menyiarkan video langsung kepada sesiapa sahaja kerana ia hanya bertujuan untuk menguji persediaan manakala ‘Public’ akan menyiarkan strim langsung kepada pengikut anda seperti biasa.

    Kemudian akan ada skrin yang mengandungi URL dan kunci strim anda dengan arahan tentang cara menggunakannya. Pada masa ini, Live Producer belum dilancarkan sepenuhnya kerana ia masih dalam fasa ujian. Oleh itu, catatan blog yang disebutkan di atas berkemungkinan seseorang dalam syarikat yang sedang menguji ciri itu.

    Jadi, apakah pendapat anda tentang ciri baharu Instagram ini? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat info ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechCrunch

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured