More

    Intel Core Gen 12 dilancar, miliki cipset ‘gaming’ terbaik dunia bermula ~RM1,100

    Intel hari ini mengumumkan cip pemproses Intel Core Gen 12 baharunya untuk desktop. Enam model baharu yang diumumkan hari ini adalah cipset pemproses generasi baharu Intel yang pertama dibuat oleh syarikat Alder Lake menggunakan cipset bersaiz 10nm.

    Tiga daripada enam model yang dilancarkan hari ini termasuk Core i9-12900K, Core i7-12700K dan Core i5-12600K dengan baki tiga lagi ialah varian KF (F menandakan kekurangan GPU bersepadu). Selain daripada reka bentuk baharu, ciri utama unit pemprosesan pusat (CPU) Intel ini ialah peralihan kepada teknologi teras hibrid.

    Reka bentuk daripada Alder Lake menggunakan gabungan teras prestasi (P-Cores) dan teras cekap (E-Cores). Secara teori, ia berfungsi sama seperti kebanyakan cip pemproses yang ada pada telefon pintar moden, tablet dan pemproses desktop siri M Apple. Teras P melakukan sebahagian besar kerja keras apabila aplikasi memerlukan prestasi maksimum.

    Untuk pengetahuan, muzik yang dimainkan di latar belakang atau beberapa tugas ringan yang lain maka E-teras boleh mengurusnya sambil menggunakan kuasa yang jauh lebih efisien daripada teras prestasi. Mengikut spesifikasi yang dikeluarkan Intel, hanya teras prestasi yang mampu melakukan multi-threading.

    Ini bermakna pada i9-12900K 16 teras, anda mempunyai 8 teras P dan 8 teras E yang menghasilkan 24 bebenang. Begitu juga i5-12600K 10 teras, ia mempunyai 6 P-Cores dan 4 E-Cores yang menghasilkan 16 bebenang. Disebabkan oleh pembahagian teras dalam reka bentuknya, Intel kini turut menentukan kadar asas, prestasi dan maksimum kuasa untuk P-Cores serta E-Cores.

    Sebagai contoh, cipset 12900K mempunyai kadar asas 3.2GHz, kadar prestasi sehingga 5.1GHz dan kadar maksimum sehingga 5.2GHz untuk P-Teras. Sementara itu, E-Cores mempunyai kadar asas 2.4GHz dan kadar prestasi 3.9GHz. Terdapat juga peningkatan dalam saiz cache dengan model i9 mendapat 30MB L3 cache, i7 mendapat 25MB dan i5 mendapat 20MB.

    Pada model dengan GPU bersepadu, anda mendapat Intel UHD Graphics 770. Selain daripada mengumumkan cip pemproses terbaru, Intel turut menghasilkan cip baharu iaitu Z690. Ia akan menggunakan soket LGA1700 baharu dan hanya boleh berfungsi dengan menggunakan CPU baharu Intel.

    Lebih 60 model papan induk baharu yang dijangka akan dihasilkan oleh pelbagai vendor semasa pelancarannya. Cip Generasi ke-12 baharu ini adalah yang pertama menyokong memori DDR5 4800 MT/s dan kelajuan lebih tinggi boleh dicapai melalui profil XMP 3.0 baharu.

    "
    "

    Ianya juga menyokong memori DDR4 tetapi ia tidak menyokong gabungan memori DDR4 dan DDR5 pada masa yang sama. Semasa membeli papan induk, anda perlu memilih sama ada mahu menggunakan memori DDR5 atau DDR4. Cip pemproses Gen ke-12 juga merupakan yang pertama membawa sokongan PCIe 5.0.

    Anda mendapat 20 bebenang PCIe secara keseluruhan daripada CPU yang mana 16 adalah PCIe 5.0 dan empat lagi ialah PCIe 4.0. Dengan cip baharu ini, Intel akhirnya meninggalkan penarafan TDP dan kini menyediakan penarafan kuasa langsung untuk kuasa asas serta kuasa prestasi maksimum.

    Dengan ciri yang mudah difahami oleh pengguna, mereka boleh memilih jenis penyejukan berdasarkan keperluan. Sebagai contoh, Core i9-12900K mempunyai penarafan kuasa 125W untuk penggunaan kuasa asas dan 241W pada kadar turbo maksimum. Untuk i5-12600K ialah 125W dan 150W.

    Daripada segi prestasi, Intel mendakwa bahawa cip pemproses Generasi ke-12 baharu ini merupakan pemproses gaming terbaik dunia jika dibandingkan dengan Ryzen 9 5950X dalam 31 kategori. Syarikat itu juga mendakwa prestasi produktiviti yang lebih baik berbanding cip Intel generasi sebelumnya.

    Pemproses Intel Core Generasi ke-12 bermula pada $264 (~RM1,100) untuk Core i5-12600KF dan sehingga $589 (~RM2,450) untuk Core i9-12900K. Cipset ini sedia untuk pra-tempahan sekarang dan akan dijual pada 4 November bersama-sama papan induk Z690 baharu.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...