More

    iPhone 14 Pro didakwa tampilkan potongan berbentuk pil dan lubang tebuk

    Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan bahawa siri Apple iPhone 14 akan menampilkan potongan berbentuk pil dan bukannya takuk (notch). Sesetengah sumber juga mendakwa bahawa akan ada lubang tebuk untuk kamera. 

    Pendedahan di Macrumors menunjukkan bahagian hadapan iPhone 14 yang mempunyai potongan berbentuk pil dan lubang tebuk. Berkemungkinan besar, reka bentuk dan saiz potongan ini adalah tepat seperti yang didakawa oleh Jon Prosser.

    Akan tetapi, reka bentuk baharu ini mungkin tidak digunakan pada semua model siri iPhone 14. Menurut Ross Young, reka bentuk baharu ini akan tersedia pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Kemudian, keempat-empat model untuk siri iPhone 15 tahun hadapan mungkin akan menampilkan reka bentuk ini.

    Sebelum ini juga, penganalisis Apple Kuo Ming-Chi pernah mendakwa bahawa iPhone pada 2023 akan menampilkan kamera bawah paparan untuk Face ID.

    Walaupun pendedahan ini daripada sumber yang boleh dipercayai, kami tidak dapat memberi sebarang pengesahan selagi tidak disahkan oleh pihak Apple. Apakah pendapat anda tentang potongan ini untuk model iPhone 14 Pro? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured