More

    iPhone 17 dilancar: ProMotion 120Hz, cip A19, kamera Center Stage bermula RM3,999

    Apple hari ini memperkenalkan iPhone terbaru dalam pasaran iaitu iPhone 17. Berbeza dengan tahun-tahun lalu, Apple tidak memperkenalkan varian “Plus” dan sebaliknya digantikan dengan varian baharu bernama iPhone Air.

    iPhone 17 dilengkapi skrin berukuran 6.3 inci dengan sokongan ProMotion yang boleh memaparkan kandungan pada kadar 120Hz untuk pengalaman lebih lancar. Kadar ini juga boleh diturunkan sehingga 1Hz sewaktu skrin memaparkan imej statik supaya ia boleh menjimatkan bateri.

    Skrin ini mempunyai kecerahan puncak sehingga 3,000 nits (lebih tinggi berbanding 2,000 nits pada iPhone 16) supaya anda boleh lihat skrin dengan jelas walaupun bawah cahaya matahari terik. Kacanya dibuat daripada Ceramic Shield 2 yang menawarkan ketahanan retak yang lebih tinggi sebanyak tiga kali ganda.

    Ia dilengkapi cip Apple A19 yang mempunyai CPU enam teras, GPU lima teras dan Neural Engine 16 teras bagi menawarkan prestasi yang lebih pantas untuk Apple Intelligence. Secara kasar, ia menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 20% berbanding iPhone 16.

    Untuk bateri, Apple mengatakan ia cukup untuk memainkan video secara berterusan selama lapan jam. Ia juga menyokong pengecasan pantas di mana pengecasan daripada 0% hingga 50% mengambil masa 20 minit sahaja.

    Untuk kamera, ia mempunyai dua kamera di belakang iaitu kamera utama 48MP Fusion Camera dan kamera ultra-lebar 48MP (lebih tinggi berbanding kamera ultra-lebar 12MP pada iPhone 16). Kamera utama Fusion Camera itu juga berfungsi sebagai kamera telefoto 12MP yang boleh zum optikal 2x.

    Lebih menarik, kamera hadapannya kini mempunyai sensor petak 1:1 yang berbeza dengan sensor 4:3 yang selalu terdapat pada telefon lain. Ini membuatkannya boleh mengambil gambar dengan kompisisi yang lebih fleksibel. Sebagai contoh, untuk mengambil gambar swafoto yang mendatar (landscape), anda tidak perlu lagi memegang iPhone dalam mod mendatar untuk mengambilnya, sebaliknya anda boleh pegang telefon secara menegak kerana sensor 1:1 akan potong (crop) sendiri gambar kepada mod mendatar.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk iPhone 17:

    "
    "
    • Skrin Super Retina OLED 6.3 inci, resolusi 1206×2622, ProMotion 120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits
    • Cip Apple A19
    • RAM8GB
    • Storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 48MP
    • Kamera hadapan 12MP
    • Bateri 3,692mAh
    • Pengecasan 50% dalam masa 20 minit
    • Pilihan warna hitam, putih, merah, hijau, ungu
    • Harga:
      • 256GB: RM3,999
      • 512GB: RM4,999

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iPhone ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured