More

    iPhone boleh lipat dijangka tiba 2026, kini dalam fasa ujian prototaip

    Desas-desus mengenai kehadiran iPhone boleh lipat akhirnya mula menampakkan perkembangan lebih konkrit apabila satu laporan baharu dari Digitimes mendedahkan bahawa Apple kini telah memasuki fasa ujian prototaip untuk peranti tersebut sejak bulan lalu.

    Berdasarkan maklumat daripada sumber rantaian bekalan, Apple kini memiliki prototaip iPhone boleh lipat yang berfungsi sepenuhnya dengan ujian dijangka tamat menjelang penghujung tahun ini. Sekiranya semuanya berjalan lancar, iPhone boleh lipat ini akan memasuki fasa seterusnya iaitu Engineering Verification Test (EVT) sebelum menuju ke pengeluaran sebenar.

    Apple dijangka mengumumkan peranti ini secara rasmi bersama barisan iPhone 18 sekitar September 2026 yang menandakan penyertaan pertama Apple dalam kategori peranti boleh lipat. Laporan sama turut menyebut bahawa pembangunan iPad boleh lipat telah dihentikan sementara atas faktor kesukaran pengilangan serta permintaan pengguna yang lemah dalam kategori tersebut.

    iPhone boleh lipat akan menampilkan paparan utama OLED 7.8 inci buatan Samsung, kamera bawah skrin dan pengimbas cap jari Touch ID pada sisi. Menariknya, peranti ini dikatakan tidak akan menggunakan Face ID. Ia juga bakal hadir dengan rekaan garisan lipatan yang hampir tidak kelihatan selain ketebalan hanya sekitar 9 hingga 9.5 milimeter apabila dilipat.

    Apple dijangka menggunakan kerangka aloi titanium bersama engsel logam cecair yang mampu menawarkan ketahanan luar biasa untuk telefon boleh lipat. Namun seperti dijangka, peranti ini tidak akan hadir dengan harga mampu milik. Ia mungkin dilancarkan pada harga sekitar USD2,100 hingga USD2,300 menjadikannya antara telefon pintar paling mahal dalam sejarah Apple.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DIGITIMES

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured