More

    iQOO Z11 Turbo tiba dengan SD 8 Gen 5, kamera 200MP dan bateri 7,600mAh bermula ~RM1,572

    iQOO Z11 Turbo secara rasmi telah dilancarkan di China yang menumpukan kepada prestasi gaming dan ketahanan bateri. Peranti ini hadir dalam empat pilihan warna iaitu Floating Light, Halo Pink, Midnight Black dan Sky White dengan varian hitam menggunakan panel belakang gentian kaca manakala warna lain menggunakan kaca digabungkan dengan rangka tengah aloi aluminium.

    iQOO Z11 Turbo dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 5 bersama GPU Adreno 840, dipadankan dengan RAM LPDDR5X Ultra sehingga 16GB dan storan UFS 4.1 sehingga 1TB. Untuk pengalaman permainan yang lebih lancar, ia turut dilengkapi cip e-sukan Q2 dan sistem penyejukan Ice Dome vapor chamber.

    Peranti ini menggunakan skrin AMOLED 6.59 inci beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 5,000 nits. Ia turut menyokong PWM dimming 4,320Hz, DC dimming, HDR10+ dan perlindungan kaca Schott Shield. Bahagian kamera pula menampilkan sistem dwi-kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 200MP dengan OIS dan apertur f/1.8 yang menyokong zum 4x tanpa kehilangan kualiti bersama kamera ultra lebar 8MP.

    Untuk swafoto dan panggilan video, ia dilengkapi kamera hadapan 32MP. Salah satu tarikan utama iQOO Z11 Turbo ialah bateri besar 7,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W. Ia menjalankan sistem operasi Android 16 berasaskan OriginOS 6. Ciri lain termasuk pengimbas cap jari ultrasonik 3D, sensor inframerah, pembesar suara stereo serta penarafan kalis air dan habuk IP68/IP69.

    Untuk sambungan, ia menyokong 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC dan pelbagai sistem GPS. iQOO Z11 Turbo ditawarkan bermula CNY 2,699 (~RM1,572) bagi model 12/256GB. Varian 12/512GB pula berharga CNY 3,199 (~RM1,863) manakala model 16/256GB dijual pada CNY 2,999 (~RM1,746). Terdapat juga pilihan 16/512GB pada harga CNY 3,499 (~RM2,038) dan varian tertinggi 16/1TB yang mencecah CNY 3,999 (~RM2,329).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO Z11 Turbo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nak iPhone paling “rare”? Caviar jual panel belakang dengan fosil T-Rex berharga RM19,000

    Caviar mengumumkan koleksi aksesori terbaharu untuk pengguna Apple menerusi siri Genesis iaitu panel belakang magnetik premium yang direka khas untuk iPhone 17...

    HONOR X80 Pro Max bakal tiba sebagai telefon pertama dunia dengan paparan 10,000 nits

    HONOR kini mengesahkan beberapa ciri utama untuk HONOR X80 Pro Max menjelang pelancaran rasmi pada 22 Jun ini. Paling mencuri perhatian, peranti...

    Era iPhone murah dah habis? Apple akui kenaikan harga sukar dielak

    Apple mungkin akan menaikkan harga beberapa produknya pada masa akan datang selepas Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook, mengakui bahawa kenaikan harga kini...

    TikTok Shop kurangkan kadar komisen untuk beberapa kategori bermula 20 Jun ini

    TikTok mengumumkan pengurangan kadar komisen untuk beberapa kategori produk di platform TikTok Shop dengan perubahan tersebut dijadual berkuat kuasa mulai 20 Jun...

    WhatsApp kini sedang uji mesej teks “View Once” pada iPhone

    WhatsApp dilaporkan mula menguji ciri baharu View Once untuk mesej teks di iOS. Seperti namanya, ciri ini membolehkan mesej dihantar dan hanya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...