More

    Jam tangan pintar HUAWEI dengan ciri pemantauan tekanan darah bakal dilancar H2 2021

    Berdasarkan sumber dalam talian, HUAWEI dikhabarkan akan melancarkan jam tangan pintar yang dilengkapi ciri pemantauan tekanan darah pada separa kedua tahun ini (H2 2021). Jam tangan pintar HUAWEI tersebut dikatakan telah melepasi pendaftaran sebagai sebuah alat perubatan di China dan kini sedang dalam fasa percubaan klinikal.

    Jika benar jam tangan HUAWEI ini mampu memantau tekanan darah, ia akan menjadi antara yang terawal yang menawarkan ciri tersebut. Selain pemantauan tekanan darah, HUAWEI juga dikatakan akan memperkenalkan ciri pemantauan ECG (electrocardiagram) pada jam tangan pintarnya. Ciri ini akan menggunakan data PPG dan ACC untuk mengesan tanda-tanda awal penyakit jantung.

    Pada masa yang sama, HUAWEI juga dikhabarkan akan melancarkan satu jam tangan pintar (mungkin hadir dengan nama Watch 3) sewaktu pelancaran telefon siri P50 tidak lama lagi. Jam tangan pintar ini mungkin akan menggunakan perisian HarmonyOS dan hadir dengan fungsi eSIM.

    Adakah anda berminat dengan jam tangan pintar baru HUAWEI ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...