More

    Jualan Apple Watch Series 9 dan Watch Ultra 2 kini diharamkan di Amerika Syarikat

    Bermula 24 Disember 2023, Apple telah diarahkan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan penjualan dua model jam tangan pintar, Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2, kerana produk tersebut didapati telah melanggari paten (patent infringement) yang dimiliki oleh syarikat lain.

    Agensi perdagangan AS iaitu Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) telah mengarahkan Apple untuk menghentikan jualan untuk dua jam tangan tersebut serta-merta. Apple telah pun menghentikan jualan dalam laman webnya sejak 21 Disember, manakala jualan dalam kedai-kedai fizikal pula akan dihentikan bermula 24 Disember.

    Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 merupakan model jam tangan pintar yang terbaru oleh Apple, di mana kedua-duanya baru sahaja dilancar pada bulan September lalu. Ia telah mula dijual di Malaysia sejak bulan Oktober.

    Pada bulan Oktober lalu, ITC mendapati bahawa Apple telah melanggari lima paten yang dimiliki oleh sebuah syarikat teknologi, Masimo, berkenaan teknologi penjejakan oksigen dalam darah berdasarkan cahaya (light-based blood oxygen monitoring). Teknologi tersebut ditawarkan dalam Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2, namun model-model lama yang turut dilengkapi teknologi sama masih boleh dijual.

    Apple telah membuat rayuan kepada ITC agar arahan untuk menghentikan jualan itu boleh dipinda, namun ITC menolak rayan tersebut. Kini pihak yang boleh membatalkan arahan ITC itu adalah presiden AS dengan kuasa veto atau Perwakilan Perdagangan AS (US Trade Representative, USTR) yang kini sedang menilai arahan oleh ITC.

    Masimo dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Apple sejak 2020 kerana mencuri teknologi yang dibangunkan oleh Masimo. Mereka mengatakan Apple telah mengambil beberapa bekas pekerja Masimo dan menggunakan pengetahuan mereka tentang produk Masimo untuk membangunkan Apple Watch.

    Buat masa ini, para pelanggan di luar AS masih boleh membeli Apple Watch Series 9 dan Apple Watch 2 seperti biasa. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...