More

    Jualan OPPO Raya Super Gempak: Hadiah bernilai sehingga RM1.8 juta dan pakej percutian

    Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, ramai di antara kita menantikan sambutan yang menarik ini bersama keluarga dan rakan-rakan. OPPO Malaysia sedia untuk memberikan hadiah sehingga RM1.8 juta melalui Jualan Raya Super Gempak yang berlangsung dari 7 April hingga 7 Mei 2023.

    Dengan sebarang pembelian telefon pintar OPPO semasa tempoh promosi, pelanggan mendapat penyertaan untuk menyertai peraduan cabutan bertuah melalui aplikasi My OPPO. Tambahan, anda berpulang untuk memenangi hadiah utama iaitu perjalanan Genting Dream Cruise.

    Hadiah utama ialah tiket Genting Dream Cruise manakal yang kedua ialah IoT Blind Box (OPPO Pad Air 4+64GB/OPPO Band2/OPPO Enco Air3) dan hadiah ketiga ialah baucar Secret Recipe/aiskrim Baskin Robbins. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, ikuti langkah berikut untuk menghantar penyertaan anda:

    Langkah 1: Daftar/log masuk ke aplikasi My OPPO
    Langkah 2: Pilih Cabutan Bertuah di bawah Aktiviti di Halaman Utama
    Langkah 3: Pilih pada “KLIK UNTUK BERMAIN” untuk menyertai Cabutan Bertuah.

    Bukan itu sahaja, pelanggan kini boleh membeli OPPO Find X5 Pro pada harga diskaun iaitu RM3,999 (harga asal RM4,999). Tawaran masa terhad ini memberikan pelanggan peluang memiliki telefon pintar utama daripada OPPO dengan penjimatan ketara RM1,000. Tawaran ini terhad kepada satu unit bagi setiap pelanggan.

    Selain itu, pelanggan yang membeli telefon pintar OPPO terpilih akan menerima hadiah percuma dengan pembelian mereka. Jangan lepaskan peluang luar biasa ini untuk mendapatkan lebih banyak daripada pembelian telefon pintar anda. Ahli My OPPO App juga akan menikmati diskaun istimewa semasa jualan.

    Pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar OPPO semasa tempoh promosi akan layak untuk membeli satu unit OPPO Pad Air (4+128GB) pada harga diskaun RM 1,149 (RRP RM 1,299). Sementara itu, pelanggan yang membeli mana-mana produk OPPO boleh membeli Enco Air3 pada harga hanya RM 159 (RRP RM 249).

    Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk memiliki peranti OPPO dan berpeluang memenangi lebih banyak ganjaran! Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai jualan Raya Super Gempak. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     
    10 top hit harian

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...