More

    Kadar gaji minimum RM1,700 sebulan di Malaysia berkuat kuasa hari ini!

    Seramai 4.37 juta pekerja di Malaysia kini akan menerima gaji minimum bulanan sebanyak RM1,700, meningkat daripada RM1,500. Ia adalah susulan pelaksanaan rasmi Perintah Gaji Minimum hari ini. Kenaikan gaji ini terpakai kepada majikan yang mempunyai lima atau lebih pekerja serta majikan dalam sektor profesional tanpa mengira saiz tenaga kerja.

    Namun, bagi perniagaan dengan kurang daripada lima pekerja, kadar baharu ini hanya akan berkuat kuasa pada 1 Ogos bagi memberi masa untuk penyesuaian struktur gaji dan operasi. Majikan diwajibkan mematuhi perintah baharu ini bagi memastikan pekerja mereka menerima sekurang-kurangnya RM1,700 sebulan.

    Ketidakpatuhan boleh dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), pelarasan gaji minimum ini adalah sebahagian daripada usaha lebih luas untuk meningkatkan pendapatan pekerja sejajar dengan dasar Gaji Progresif dan program latihan kemahiran bagi meningkatkan produktiviti serta tahap pendapatan.

    Namun, KESUMA menegaskan bahawa gaji minimum tidak seharusnya dijadikan penanda aras untuk gaji permulaan terutamanya bagi graduan dan pekerja mahir yang sepatutnya dibayar mengikut kelayakan dan kepakaran mereka.

    Kenaikan gaji ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025, yang bertujuan menstruktur semula ekonomi dan memastikan rakyat Malaysia memperoleh gaji yang adil serta bermakna demi taraf hidup yang lebih baik.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pelayar Opera for Android kini papar skor langsung bola sepak terus pada halaman utama

    Opera telah melancarkan kemas kini besar untuk Opera for Android yang memperkenalkan reka bentuk muka utama yang lebih ringkas serta satu ciri...

    Xiaomi perkenal MiMo-V2.5-Pro UltraSpeed, jana teks melebihi 1,000 token sesaat

    Xiaomi mengumumkan mod baharu UltraSpeed untuk model kecerdasan buatan (AI) MiMo-V2.5-Pro yang membolehkan ia menjana teks pada kelajuan melebihi 1,000 token sesaat....

    Google gandakan storan Google AI Plus kepada 400GB, harga kekal RM23.99

    Google telah mengemas kini pelan langganan Google AI dengan peningkatan kapasiti storan kepada 400GB berbanding 200GB sebelum ini. Menariknya, pengguna di Malaysia...

    Instagram kini benarkan pengguna susun semula gambar pada profil

    Instagram mula memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyusun semula kedudukan kandungan pada grid profil serta memberikan kawalan lebih besar terhadap cara...

    Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) mula beroperasi secara rasmi pada 28 Julai ini

    Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan beroperasi secara rasmi pada 28 Julai ini sebagai agensi utama yang menyelaras pembangunan kecerdasan buatan (AI) di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...