More

    Kaspersky lancarkan sistem IT Cyber Immunity yang boleh meminimumkan pepijat

    Baru-baru ini, Kaspersky Asia Pasifik telah menganjurkan acara keselamatan siber tahunan Deus Ex Machina: Setting Secure Directives for Smart Machines yang turut dihadiri oleh media antarabangsa di Bali, Indonesia. Acara tersebut bertujuan untuk menerokai persimpangan kecerdasan buatan (AI) dengan keselamatan siber masa hadapan.

    Pada waktu ini, AI telah menunjukkan kuasa yang sangat besar dalam pelbagai industri, malah berpotensi untuk menumbangkan struktur perindustrian global. Pada masa yang sama, AI juga boleh menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan siber.

    Bagi mewujudkan persekitaran rangkaian yang lebih selamat dalam era AI, Kaspersky mencadangkan konsep Kekebalan Siber (Cyber Immunity) yang boleh meminimumkan kewujudan potensi kelemahan siber dengan membina sistem IT dengan fungsi perlindungan yang lebih kukuh.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Kasperky Cyber Immunity, anda boleh layari laman web Kaspersky.

    AI juga boleh digunakan untuk mendorong serangan APT, iaitu bentuk serangan rangkaian yang kompleks dan boleh mengakses sistem melalui teknik penggodaman terselindung dan berterusan, menyebabkan kebocoran data (pengumpulan maklumat, potensi kelemahan), eksploitasi sumber dan lain-lain masalah.

    Untuk meningkatkan pertahanan siber untuk perniagaan dan organisasi terhadap serangan APT yang dibantu AI, Kaspersky membuat beberapa cadangan:

    • Penyelesaian keselamatan lanjutan: Gunakan penyelesaian keselamatan lanjutan yang memantau tingkah laku pengguna dan sistem untuk bantu mendedahkan corak tidak normal dan mengenal pasti kemungkinan aktiviti berniat jahat
    • Kemas kini perisian secara kerap: Pastikan semua perisian, aplikasi dan sistem pengendalian dikemas kini untuk mengurangkan kelemahan yang mungkin dieksploitasi oleh penyerang
    • Latihan Pengguna dan Pendidikan Kesedaran : Menyediakan latihan kepada para pekerja tentang keselamatan siber, termasuk mengenal pasti dan mencegah serangan kejuruteraan sosial dan pancingan data
    • Penyahihan berbilang faktor (MFA) : Menguatkuasakan MFA apabila mengakses sistem dan aplikasi kritikal bagi mengurangkan risiko akses tanpa kebenaran, walaupun selepas bukti kelayakan dicuri

    Layari laman web Kaspersky untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian keselamatan Kaspersky. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan perisian ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...