More

    Kebakaran punca unifi TV terganggu, dijangka pulih lewat petang ini

    Pada malam 3 Januari 2022, perkhidmatan unifi TV telah mengalami gangguan perkhidmatan di seluruh negara disebabkan kebakaran sistem jana kuasa yang memberi kesan kepada perkasasan “Bekalan Kuasa Tidak Terganggu” atau “Uninterruptible Power Supply” (UPS). Punca kebakaran masih lagi belum diketahui dan TM akan memberi bekerjasama sepenuhnya di dalam sebarang siasatan sepertimana yang diperlukan oleh pihak berkuasa.

    Satu pengumuman segera telah dikeluarkan di saluran media sosial TM untuk memaklumkan kepada pelanggan yang terjejas dan kini mereka sedang giat menguruskan perkhidmatan pelanggan untuk menjawab panggilan dan melayani sebarang pertanyaan. Insiden ini telah menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan unifi TV yang melibatkan hampir 300,000 penonton unifi TV.

    Lain-lain perkhidmatan TM dan unifi tidak terjejas. TM sedang giat berusaha bersama dengan pasukan kontraktor dan jurutera bagi memastikan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut dibaik pulih semula dan sambungan tenaga kuasa dijangka siap sepenuhnya pada jam 12 tengahari hari ini.

    unifi TV dijangka akan kembali pulih semula perkhidmatannya pada jam 3.00 petang hari ini. Walau bagaimanapun, TMpoint Cyberjaya akan ditutup buat sementara waktu disebabkan bekalan kuasa yang rendah. Maklumat terkini boleh didapati di saluran media sosial TM atau layari laman web rasmi TM untuk kemas kini lanjut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...