More

    Kemas kini baharu YouTube telah ‘memanjangkan’ Shorts kepada 3 minit

    Bermula pada 15 Oktober ini, pengguna boleh memuat naik video YouTube Shorts sehingga 3 minit. Perubahan ini tidak akan menjejaskan mana-mana video yang dimuat naik sebelum tarikh tersebut dan digunakan pada video yang mempunyai nisbah bidang segi empat sama atau lebih tinggi.

    YouTube juga akan menambah baik pengesyoran untuk Shorts yang lebih panjang dalam beberapa bulan akan datang. YouTube Shorts juga mendapat templat yang boleh anda cuba dengan memilih Remix pada Shorts dan kemudian pilih templat kegemaran anda.

    Menariknya, dalam beberapa bulan akan datang, anda akan dapat menggabungkan semula klip daripada video YouTube kegemaran anda dan boleh meletakkan berbilang klip video daripada YouTube. Terdapat halaman Shorts Trends baharu pada platform mudah alih dan anda akan mendapat pratonton tentang perkara menarik dalam ulasan terus dalam suapan Shorts.

    Kepada pengguna yang tidak menggemari ciri Shorts, YouTube juga memperkenalkan pilihan untuk mengurangkan video Shorts pada halaman utama dengan menekan tiga titik di bahagian atas sebelah kanan mana-mana grid Shorts. Kesimpulannya, akan sampai satu masa yang mana kita boleh memilih video dengan panjang yang spesifik.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: YouTube

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured