More

    Kerajaan Australia akan larang individu bawah 16 tahun guna media sosial

    Pada Khamis lalu, Senat Australia meluluskan rang undang-undang baharu yang akan melarang kanak-kanak dan golongan remaja bawah 16 tahun daripada mengakses media sosial popular seperti TikTok, Facebook, Snapchat, Reddit, X dan Instagram.

    Undang-undang ini akan berkuat kuasa pada hujung 2025. Buat masa ini, syarikat-syarikat media sosial perlu mula mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan individu bawah 16 tahun untuk mengakses media sosial, sebaik sahaja undang-undang ini berkuat kuasa.

    Jika syarikat media sosial gagal melaksanakan perkara ini, mereka berhadapan denda sehingga AUD50 juta (~RM150 juta).

    Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mengatakan langkah ini perlu diambil bagi melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan orang muda negara tersebut. Beliau menyifatkan media sosial sebagai platform yang meningkatkan tekanan rakan sebaya, kegemuruhan, penyebaran penipuan dan paling teruk adalah ia boleh disalah guna oleh pemangsa atas talian (online predators).

    Sewaktu undang-undang ini dibentangkan dalam Senat Australia, seramai 34 senator mengundinya manakala 19 senator menentang. Sebelumnya, sewaktu pembentangan dalam Dewan Perwakilan (House of Representatives) pada hari Rabu, ia menerima 102 undi sokongan, berbanding 13 sahaja undi yang menolak.

    Sementara itu, beberapa syarikat media sosial seperti Meta (pemilik Facebook dan Instagram) menyifatkan undang-undang ini sebagai terlalu terburu-buru. Walaupun akur dengan keputusan kerajaan Australia, Meta mengatakan mereka telah pun mengambil banyak langkah untuk memaparkan kandungan yang sesuai sahaja untuk pelbagai kategori umur, termasuk orang muda.

    Beberapa perkhidmatan media sosial yang mempunyai fungsi pendidikan akan dikecualikan daripada undang-undang ini, seperti YouTube Kids, Messenger Kids, WhatsApp, Kids Helpline dan Google Classroom.

    Pada masa yang sama, pengkritik juga mengatakan undang-undang baharu ini gagal mempertimbangkan kebaikan yang datang daripada media sosial, seperti sokongan mental untuk mereka yang berada di kawasan luar bandar atau mereka yang mengalami kemurungan.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured