More

    Kerajaan umum diskaun tol 50% pada 28 dan 29 Mac ini bersempena Aidilfitri

    Kerajaan hari ini mengumumkan diskaun tol khas sebanyak 50% bagi perjalanan di lebuh raya pada 28 dan 29 Mac sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu sidang media di Melaka.

    Menurut beliau, inisiatif ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM19.69 juta yang akan digunakan untuk memberi pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat. Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut memaklumkan bahawa kerajaan MADANI bersetuju melaksanakan diskaun tol ini dalam mesyuarat Kabinet yang diadakan hari ini.

    Sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama, diskaun tol sebanyak 50% ini akan bermula pada jam 12.01 pagi, 28 Mac (Jumaat) dan berakhir pada jam 11.59 malam, 29 Mac. Diskaun ini khusus untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali di plaza tol sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (LINKEDUA).

    Sehubungan itu, para pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mengikuti jadual perjalanan yang disyorkan oleh syarikat konsesi lebuh raya, memastikan baki e-dompet dan kad Touch ‘n Go mencukupi serta menggunakan siaran langsung CCTV Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk mendapatkan kemas kini trafik.

    Anda diingatkan untuk merancang perjalanan dengan bijak bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...