More

    Komputer riba MSI AMD Advantage Edition dilancar di Malaysia, miliki CPU & GPU AMD bermula RM3,949

    Pada hari ini, MSI Malaysia telah memperkenalkan barisan terbaharu untuk siri komputer riba gaming yang dikuasakan oleh komponen AMD iaitu Delta 15 bersama-sama dengan Alpha 15 dan Bravo 15 yang diperbaharui.

    Delta 15, Alpha 15 dan Bravo 15 akan hadir dengan grafik mudah alih siri AMD Radeon RX6700M terbaharu dengan prestasi 1.5x lebih pantas berbanding grafik AMD generasi sebelumnya. Ia menyediakan kadar bingkai ultra tinggi untuk pengalaman gaming terbaik.

    Komputer riba siri AMD Advantage menggunakan pemproses mudah alih AMD Ryzen™️ 5000 H-Series dan kad grafik AMD Radeon RX 6000 Series. Gabungan pemproses dan kad grafik AMD ini menawarkan teknologi AMD SmartShift dan Smart Access Memory bagi memberikan kelajuan dan tindak balas 16% lebih tinggi.

    Ia turut dilengkapi paparan premium dengan kadar penyegaran tinggi sehingga 240Hz dan AMD Radeon Anti-lag bagi meningkatkan kualiti imej dan mengurangkan masa tindak balas input-ke-paparan. Selain itu, teknologi pelesapan haba Cooler Boost 5 eksklusif MSI boleh mengurangkan suhu teras dengan menjana lebih banyak aliran udara supaya prestasi game tidak terjejas.

    Pengguna yang membeli komputer riba Delta 15 dan Alpha 15 serba baharu bermula hari ini hingga 31 Disember 2021 berpeluang untuk menikmati game percuma Far Cry 6 dan Resident Evil Village. Kini, komputer riba gaming MSI AMD Advantag Edition boleh didapati di Malaysia.

    Dapatkan Alpha 15 dengan harga bermula RM5,299, Delta 15 bermula RM7,899 dan Bravo 15 bermula RM3,949 di laman web rasmi MSI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...