More

    Telefon konsep Motorola Rizr dipamerkan, hadir dengan skrin boleh gulung

    Pada Mobile World Congress (MWC) 2023, Lenovo telah mempamerkan sesuatu yang menarik dengan konsep telefon pintar boleh gulung Motorola yang mungkin dipanggil Moto Rizr. Untuk pengetahuan, ia dipanggil Moto Rizr kerana terdapat telefon luncur Motorola Rizr Z3 ikonik tahun 2006.

    Peranti konsep baharu ini menampilkan paparan 5 inci dengan nisbah bidang 15:9 yang boleh dikembangkan kepada 6.5 inci dengan nisbah bidang 22:9. Ini bermakna pengguna boleh menukar skrin yang kecil kepada besar dengan menekan butang kuasa sebanyak dua kali.

    Skrin yang digunakan adalah paparan poLED yang dihasilkan oleh BOE. Panelnya meliputi sehingga separuh daripada bahagian belakang peranti yang juga boleh digunakan sebagai paparan kecil untuk pemberitahuan atau pratonton tangkapan gambar.

    Menariknya, tempat mendengar panggilan suara dan kamera swafoto sebenarnya terletak di belakang panel supaya paparan akan turun setiap kali pengguna membuat atau menerima panggilan dan mengambil swafoto. Mekanisme boleh gulung secara automatik mengembangkan paparan dalam aplikasi seperti YouTube atau aplikasi e-mel.

    Ikon dan kertas dinding pada skrin utama turut dijajarkan semula apabila anda mengembangkan atau menggulungkan paparan. Telefon konsep boleh gulung Motorola mempunyai berat 210 gram yang besar dan mempunyai bateri 3,000 mAh.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured