More

    Kos operasi terlalu tinggi, kerajaan sahkan projek ART Putrajaya tidak diteruskan

    Perbadanan Putrajaya (PPj) mengesahkan bahawa cadangan sistem pengangkutan Automated Rapid Transit (ART) tidak akan diteruskan berikutan kos operasinya yang terlalu tinggi mencecah RM211.95 juta bagi tempoh 10 tahun.

    Keputusan ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui, di Dewan Rakyat yang menjelaskan bahawa peruntukan tersebut melampaui kemampuan kewangan PPj sebagai pihak berkuasa tempatan.

    Sumber: BH Online

    Berikutan pembatalan ini, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan fasa peluasan laluan bagi sistem trem tanpa rel itu buat masa ini walaupun ia pernah melalui fasa percubaan awam pada tahun 2024.

    Sebagai langkah alternatif bagi menangani isu mobiliti di pusat pentadbiran negara, PPj akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penambahbaikan perkhidmatan bas NadiPutra serta pengoperasian teksi air. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured