More

    Kumpulan “acapella” Korea nyanyikan bunyi-bunyi Microsoft Windows, sangat mirip bunyi sebenar

    Kumpulan nyanyian acapella dari Korea Selatan bernama Maytree telah menghasilkan sebuah video unik yang menunjukkan bakat mereka dalam menyanyikan bunyi-bunyi menarik daripada sistem operasi Microsoft Windows.

    Lima orang dalam kumpulan tersebut menyanyikan bunyi Windows yang sangat ikonik seperti bunyi start up, peranti USB dihubungkan dan dikeluarkan, masalah (error) dan shut down. Walau bagaimanapun, pengguna Windows yang masih muda mungkin tidak biasa dengan sesetengah bunyi ini kerana ia melibatkan Windows XP dan Windows Vista yang dilancar pada waktu 2000-an.

    Microsoft sendiri mengagumi nyanyian lima penyanyi ini, malah memberikan mereka ‘markah’ Windows 10/10. Penulis pula berasa agak nostalgik mendengari bunyi yang dinyanyikan, terutamanya setelah sekian lama menggunakan sistem operasi Windows 10 dan Windows 7.

    Adakah anda kagum dengan bakat daripada kumpulan acapella Korea ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...