More

    Lagu terbaru BlackPink ‘Lovesick Girls’ kini di PUBG MOBILE

    Sejak dari 24 September yang lalu, PUBG MOBILE telah berkerjasama dengan penyanyi berkumpulan wanita popular masa kini, BLACKPINK untuk hasilkan kandungan istimewa di dalam game tersebut.

    Terbaru, pihak PUBG MOBILE telah memasukkan lagu terbaru BLACKPINK iaitu ‘Lovesick Girls’ dari The Album. Lagu ini diperkenalkan buat kali pertama di dalam game khas untuk kolaborasi kedua-dua pihak tersebut. Anda akan dapat mendengar lagu ini apabila anda masuk ke dalam game PUBG MOBILE.

    Bermula dari 2 Oktober sehingga 8 Oktober, pemain game PUBG MOBILE akan dapat melihat kapal terbang dalam warna merah jambu bersama logo BLACKPINK sekali. Yang menarik lagi, airdrop sewaktu dalam game juga akan melepaskan asap berwarna merah jambu. Selain itu, anda juga akan dapat melihat papan iklan istimewa bertema BLACKPINK di dalam peta New Erangel.

    Bagaimana dengan tambahan kandungan baru game PUBG MOBILE ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured