Hari ini, Maybank Malaysia mengumumkan bahawa laman web Maybank2u yang sedia ada ini akan dihentikan operasinya. Penghentian operasinya bermula pada Januari 2022. Tetapi jangan risau, syarikat itu berkata anda masih boleh log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan yang sama serta boleh digunakan dalam Maybank2u yang akan dikemaskini selepas penghentian operasinya.
Daripada laman web tersebut, Maybank memberi jaminan bahawa nama pengguna, kata laluan dan maklumat akaun masih kekal sama. Ia juga tidak akan menjejaskan pengguna M2U Biz dan anda masih boleh melakukan proses perbankan seperti biasa di laman web Maybank2u. Untuk pengetahuan, berkuat kuasa pada Januari 2022, Maybank akan membuat peralihan kekal ke tapak web Maybank2u baharu dan versi sebelum ini akan dihentikan.
Amnya, tiada apa-apa perubahan daripada segi maklumat dan keselamatan, hanya reka bentuk laman web sahaja berubah. Selain itu, anda tidak perlu membuat akaun baharu dan semua urus niaga seperti bil, penerima bayaran dan pemindahan wang ke akaun kegemaran anda akan disimpan secara automatik ke Maybank2u.
Anda juga tidak perlu berulang kali menetapkan pembayaran dan pemindahan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







