More

    Lelaki China bina “power bank” gergasi berkapasiti 27 juta mAh, boleh cas 60 telefon serentak

    Seorang lelaki di China telah membina sebuah power bank gergasi yang mempunyai kapasiti 27,000,000mAh dan berkongsi video tentang ciptaan tersebut di laman media sosial Weibo serta YouTube.

    Dalam video tersebut, lelaki yang mempunyai nama pengguna (username) 手工耿 atau Handy Geng berkongsi caranya menghasilkan power bank itu, di mana ia memerlukan beliau untuk memotong dan mengimpal besi bagi membina rangka untuk sel tenaga.

    Beliau berkata kapasiti power bank ini boleh mengecas 5,000 buah telefon bimbit yang mempunyai kapasiti bateri 3,000mAh. Selain itu, power bank ini dilengkapi 60 palam kuasa yang boleh dihubungkan dengan pelbagai perkakasan elektronik seperti komputer riba dan skuter elektrik.

    Dalam satu babak video tersebut, Handy Geng dilihat berkhemah di tebing sungai sambil membawa power bank gergasi itu. Ia diguna untuk menyediakan bekalan elektrik kepada televisyen, periuk nasi dan mesin basuh sewaktu beliau memancing.

    Beliau mengatakan power bank gergasi itu dibina selepas beliau cemburu dengan kawan-kawannya yang sering mempunyai power bank yang lebih besar daripada power bank yang beliau miliki sebelum ini.

    Apakah pendapat anda tentang ciptaan unik ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave CN

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...