More

    SSD mudah alih magnetik Lenovo Y910 dilancar dengan storan sehingga 2TB, kelajuan bacaan 2000MB/s bermula ~RM620

    Lenovo baru sahaja melancarkan pemacu keadaan pepejal (solid state drive) mudah alih atau PSSD Y910. SSD ini ditawarkan pada harga 559 yuan (~RM385) untuk model 1TB manakala model 2TB berharga 899 yuan (~RM620). Lenovo Y910 tampil dengan reka bentuk bulat yang unik dan berat hanya 45 gram menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana.

    Ia menawarkan kelajuan bacaan yang luar biasa sehingga 2000MB/s membolehkan data sebesar 1GB dipindahkan dalam hanya satu saat. SSD ini hadir dengan kapasiti penyimpanan 1TB atau 2TB dan hadir dengan antara muka USB-C 3.2 Gen2x2.

    Menariknya, Lenovo Y910 menyokong pelbagai sistem operasi seperti Windows, macOS dan Android. Ia bersifat plug-and-play tanpa memerlukan pemasangan perisian tambahan. Untuk pengguna Apple, ia menyokong iPhone 15 ke atas dan model lama boleh menggunakannya dengan penyesuai.

    Daripada segi ketahanan, SSD ini dibina dengan badan aloi zink yang kukuh, tahan hentakan dan jatuh. Badan logamnya membantu pelesapan haba untuk memastikan prestasi sentiasa optimum. Lenovo Y910 adalah pilihan terbaik untuk pengguna yang memerlukan storan mudah alih berkelajuan tinggi dan tahan lasak.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Lenovo Y910 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured