More

    Mainkan watak Pokemon seperti ‘game’ Dota dalam Pokemon UNITE!

    The Pokemon Company telah mengumumkan sebuah game baharu, Pokemon UNITE, untuk konsol mudah alih Nintendo Switch dan juga peranti elektronik mudah alih. Tidak seperti game Pokemon tradisional yang menampilkan pertempuran bergilir (turn-based battles), Pokemon UNITE memberikan pertempuran secara langsung di mana para pemain boleh saling bersaing dalam talian menggunakan Pokemon pilihan mereka.

    Walaupun tidak banyak butiran diberikan tentang game baru ini, ia nampak seperti genre MOBA di mana ia bakal dimainkan seperti DOTA atau League of Legends. Dua pasukan yang masing-masing mempunyai lima pemain bakal bertempur dalam sebuah peta yang bersimetri dan mempunyai beberapa haluan seperti dalam game MOBA lain.

    Pokemon UNITE dibina oleh TiMi Studios yang dimiliki oleh Tencent, sebuah studio yang sebelum ini membina game Honor of Kings dan Call of Duty: Mobile. Ia boleh dimainkan secara percuma namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memainkan game ini pada masa hadapan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Pokemon Company Blog

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured