More

    Malaysia bakal jadi hab pengeksport komponen EV di ASEAN

    NanoMalaysia Bhd, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan konsortium syarikat automotif yang berpangkalan di Korea Selatan. MoA itu akan meletakkan Malaysia sebagai pengeksport komponen kenderaan elektrik (EV) untuk digunakan dalam ekosistem mobiliti mikro di Asean, dengan nilai pelaburan disasarkan sebanyak AS$30 juta (RM126.6 juta).

    MoA itu ditandatangani antara NanoMalaysia, Hyundai Kefico Corp, Tham Corp, Curo Co Ltd, Hyundai Electric and Energy Systems Co Ltd, Daegu Mechatronics & Materials Institute dan Signet EV. NanoMalaysia menegaskan MoA menggariskan inisiatif kerjasama bagi syarikat Malaysia untuk menyediakan rangkaian luas komponen teknologi dalam pengeluaran EV dua roda dan empat roda untuk pasaran global sekali gus meletakkan negara sebagai negara EV terkemuka.

    Komponen yang dihasilkan adalah berasaskan nanoteknologi seperti bateri berprestasi tinggi, ultra-kapasitor, hidrogen keadaan pepejal dan sistem pengurusan dan pemantauan tenaga. Ahli-ahli telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh kepada Ekosistem Mobiliti Mikro EV di Malaysia termasuk EV dua roda dan berpotensi EV empat roda dengan komponen teknikal teras Malaysia.

    NanoMalaysia berkata ia akan memainkan peranan penting dalam pembangunan teknologi penyimpanan tenaga termasuk bateri, ultra-kapasitor, hidrogen keadaan pepejal, pengurusan tenaga dan sistem pemantauan serta pengawal motor berprestasi tinggi untuk aplikasi mobiliti melalui Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia ( Nesti).

    Menteri Mosti Datuk Seri Dr Adham Bin Baba berkata: “Kerjasama ini merupakan peluang yang ketara untuk memupuk hubungan yang lebih kukuh bagi membangunkan pasaran dan ekosistem Malaysia untuk EV dan mobiliti mikro khususnya.”

    “Kami bertuah dan berbesar hati untuk mempunyai rakan kongsi yang terkenal di peringkat global dalam menyokong dan membangunkan ekosistem mobiliti mikro EV. Perjanjian ini bukan sahaja akan meletakkan Malaysia sebagai hab teknologi EV serantau tetapi mewujudkan sokongan ekosistem mobiliti mikro dalam pensijilan silang, perancangan serta menggalakkan kerjasama antara Malaysia dan Korea Selatan.”

    Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Dr Rezal Khairi Ahmad berkata: “Penandatanganan MoA itu akan menjadi peristiwa penting dalam kemajuan kerja NanoMalaysia di rantau ini sekali gus membentuk langkah pelaksanaan penting di bawah Nesti.”

    Kami mengharapkan dengan kerjasama ini ekonomi negara kita akan kembali pulih akibat pandemik COVID-19 yang melanda. Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...