More

    Mi Smart Band 5 akan mula dijual di Malaysia bermula 24 Julai!

    Peranti boleh pakai terbaru daripada Xiaomi, Mi Smart Band 5, bakal dijual di Malaysia bermula Jumaat, 24 Julai ini. Peranti ini telah dilancarkan pada minggu lepas dan dilengkapi pelbagai teknologi yang diutamakan kepada gaya hidup sihat.

    Ini termasuklah pengesanan khas untuk 11 jenis sukan seperti yoga, berenang, berbasikal dan banyak lagi. Mi Smart Band 5 turut dilengkapi pelbagai sensor seperti pengukur degupan jantung dan tahap oksigen bagi membantu pengguna mengawasi kesihatan mereka. Anda boleh tahu maklumat lanjut tentang Mi Smart Band 5 dalam artikel pelancarannya.

    Be prepared, Mi Band 5 is arriving to Malaysia on 24th July!#MiBand5 #SmartLivingForEveryone

    Posted by Xiaomi Malaysia on Selasa, 21 Julai 2020

    Walaupun harga rasminya belum diumumkan oleh Xiaomi Malaysia, laman Facebook Mi Store Sunway Pyramid telah memuat naik sebuah foto yang memaparkan harga peranti tersebut iaitu RM169.

    Ladies and gentlemen, kindly welcome this long awaited #MiBand5, which just landed in Malaysia. 🇲🇾 Officially sell at #RM169 你值得拥有 🌈

    Posted by Mi Store Sunway Pyramid on Sabtu, 18 Julai 2020

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan seutas Mi Smart Band 5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured