More

    Mibro Watch A2 & C3 dilancar di Malaysia: Panggilan Bluetooth dan hayat bateri 10 hari bermula RM169

    Anda pasti inginkan jam pintar untuk kecergasan dan kesihatan pada harga yang lebih murah. Masukkan Mibro Watch A2 atau Mibro Watch C3 dalam senarai pertimbangan anda yang menampilkan pemantauan kesihatan asas dan hayat bateri yang lama.

    Mibro Watch C3 dilengkapi dengan cip dwi-teras 2-dalam-1 untuk menyokong semua cirinya. Ia hadir dengan badan logam dan tali tenunan berwarna kelabu. Jam tangan ini membawa butang di sebelah kanan dan sensor di bahagian bawah, standard untuk jam tangan pintar.

    Selain itu, anda akan melihat skrin HD 1.85 inci dengan kadar penyegaran semula 60Hz. Ia menyokong panggilan Bluetooth dan 70 mod sukan serta memantau denyutan jantung, kalis air 2ATM dan hayat bateri yang bertahan selama 10 hari.

    Seterusnya, Mibro Watch A2 mempunyai hampir kesemua ciri seperti Watch C3, ia menggunakan cip dwi-teras 2-dalam-1, menyokong panggilan Bluetooth, pemantauan kadar jantung dan 70 ciri penjejakan mod sukan. Ia mempunyai skrin HD 1.39 inci yang lebih kecil tetapi masih mempunyai hayat bateri selama 10 hari.

    Daripada segi reka bentuk, ia mempunyai reka bentuk bulat yang lebih klasik dengan rupa sukan. Anda juga akan mendapat dua jenis tali iaitu tali silikon atau tali tenunan. Tali yang pertama berfungsi lebih baik dengan kalis air 2ATM jika anda bercadang untuk pergi berenang manakala talo kedua boleh digunakan ketika membuat senaman di gimnasium kerana ia lebih baik dalam menyerap peluh.

    Mibro Watch A2 berharga RM199 dan Watch C3 berharga RM169 boleh didapati di Lazada atau Shopee. Anda juga boleh mendapatkannya hari ini dengan diskaun RM10. Promo pelancaran ini hanya disedikan untuk hari ini (25 Julai 2023). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured