More

    MLBB Campus Series (MCS) diadakan di Asia Tenggara, pertandingan e-sukan pelajar terbesar!

    Samsung Electronics mengumumkan kerjasama dengan MOONTON Games untuk menganjurkan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Campus Series (MCS) pertama di Asia Tenggara. Kejohanan ini akan melibatkan pelajar dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina untuk mengasah bakat dalam sukan elektronik.

    Samsung turut memperkenalkan Galaxy S25 Ultra sebagai peranti rasmi kejohanan dengan spesifikasi canggih dan terkini untuk pengalaman permainan yang lebih lancar. Pendaftaran kejohanan boleh dilakukan melalui Samsung Game Portal dengan hadiah keseluruhan berjumlah USD 40,000.

    Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Campus Series akan berlangsung dari 25 April hingga 22 Jun 2025. Peringkat kelayakan negara akan diadakan dari 25 April hingga 18 Mei diikuti peringkat akhir negara pada 17 hingga 18 Mei untuk Malaysia, Singapura dan Filipina. Peringkat akhir serantau akan berlangsung di Indonesia dari 20 hingga 22 Jun 2025.

    Melalui program Galaxy Gaming Academy, Samsung juga ingin membantu pelajar berusia 18 tahun ke atas mengejar impian dalam dunia e-sukan. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Samsung dan MOONTON Games. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...