More

    Mulai 1 Jun, MyKad atau pasport diperlukan untuk buka akaun TikTok, FB dan IG

    Pengguna media sosial di Malaysia dilaporkan bakal diwajibkan membuat pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi kerajaan bermula 1 Jun 2026 selaras dengan pelaksanaan rangka kerja keselamatan dalam talian baharu negara. Menurut sumber, proses itu dijangka melibatkan penggunaan dokumen seperti MyKad atau pasport bagi mengesahkan umur pengguna di platform media sosial utama termasuk Facebook, Instagram dan TikTok.

    Langkah tersebut dikaitkan dengan pelaksanaan Children’s Protection Code (CPC) dan Risk Mitigation Code (RMC) bawah Online Safety Act 2025 yang bertujuan memperkukuh perlindungan pengguna bawah umur di internet. Kerajaan juga dilaporkan mahu menyekat pengguna bawah 16 tahun daripada membuka akaun media sosial di platform tertentu dan memastikan syarikat platform mengambil tanggungjawab lebih besar terhadap keselamatan pengguna muda.

    Dalam masa sama, beberapa platform media sosial dikatakan sedang berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai kaedah pelaksanaan sistem pengesahan umur tersebut. Laporan sama turut menyebut akaun sedia ada yang gagal melengkapkan proses pengesahan mungkin berdepan sekatan atau penutupan akaun termasuk penggunaan sistem AI untuk menganggarkan umur pengguna berdasarkan aktiviti dan data akaun.

    Pelaksanaan itu bagaimanapun mula menerima reaksi bercampur daripada pengguna internet khususnya berkaitan isu privasi, keselamatan data peribadi dan risiko penyalahgunaan maklumat identiti oleh pihak ketiga. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured