More

    MySejahtera lancarkan ciri Makluman Kesihatan bagi bendung cacar monyet wabak mulai esok

    Kementerian Kesihatan akan mengaktifkan Makluman Kesihatan cacar monyet dalam aplikasi MySejahtera mulai hari esok. Ini merupakan salah satu inisiatif bagi membendung penularan wabak tersebut.

    Seperti yang dikatakan oleh Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin, pengembara yang tiba dari negara endemik atau dari negara yang dilaporkan dengan wabak cacar monyet akan menerima Makluman Kesihatan (Health Alert). Makluman Kesihatan berfungsi memberi amaran pada setiap hari selama 21 hari sebagai peringatan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri.

    Pengembara dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan segera sekiranya mendapati menghidap tanda-tanda atau gejala wabak tersebut. Rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan jangkitan wabak itu. 

    Selain itu, pengembara yang bergejala dan berkemungkinan dijangkiti virus cacar monyet sebaik-baiknya menunda perjalanan mereka ke luar negara. Kementerian Kesihatan juga telah mempertingkatkan kawalan penyakit cacar monyet dalam negara ini. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Facebook MySejahtera

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured