More

    Nikmati prestasi telefon pintar terpantas dengan Samsung Galaxy Z Fold3 5G!

    Adakah anda sudah bosan dengan telefon anda yang semakin perlahan? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda menaik taraf kepada sebuah telefon pintar andalan (flagship) yang menawarkan prestasi terpantas untuk semua tugasan. Akan tetapi, tidak semua telefon andalan mempunyai taraf yang sama kerana ada di antaranya yang terpaksa diperlahankan atas sebab-sebab teknikal.

    Walau bagaimanapun dengan telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold3 5G, anda tidak perlu risau lagi tentang prestasi perlahan. Galaxy Z Fold3 5G dilengkapi cipset yang paling pantas dalam rangkaian produk Galaxy iaitu Snapdragon 888 5G, membuatkannya berada dalam kelas yang tersendiri dan jauh mengatasi telefon-telefon lain.

    Cipset tersebut merangkumi satu teras Kryo 680 2.84GHz, tiga teras Kryo 680 2.42GHz dan empat teras Kryo 680 1.80GHz. Telefon ini bukan sekadar memiliki sebuah skrin lipat AMOLED yang besar dan cantik, malah prestasinya yang pantas membuatkan sebarang multi-tugas boleh dilaksanakan serentak dengan lancar pada skrin tersebut.

    Dengan skrin yang besar, anda pasti ingin memanfaatkannya dengan bermain game. Untuk tujuan ini, Galaxy Z Fold3 5G dilengkapi unit pemproses grafik (GPU) Adreno 660 yang boleh menjana prestasi pantas untuk game-game terkini serta pelbagai game yang akan dilancar pada tahun-tahun mendatang.

    Dalam game kompetitif seperti COD Mobile atau PUBG Mobile, skrin besar dalam Galaxy Z Fold3 5G boleh memberikan kelebihan kerana anda boleh melihat lebih banyak imej daripada game tersebut berbanding pemain lain yang menggunakan telefon biasa, dan anda mungkin boleh melihat musuh terlebih dahulu. Malah, skrin yang besar itu akan memudahkan anda untuk mengawal watak dalam game-game e-sukan.

    Skrin yang besar boleh meningkatkan pengalaman gaming, jauh lebih baik berbanding telefon biasa

    Untuk game yang mementingkan grafik menawan seperti Genshin Impact atau Asphalt 9, Galaxy Z Fold3 5G boleh memainkannya pada tetapan grafik tertinggi dan anda masih boleh bermain dengan kadar bingkai (frame rate) yang sekata, lebih-lebih lagi dengan sokongan untuk kadar 120Hz dalam skrinnya.

    Tetapi kehebatan Galaxy Z Fold3 5G tidak tamat di situ sahaja. Ia turut dilengkapi tiga kamera di belakang yang menjanjikan prestasi fotografi yang sangat cantik, terdiri daripada kamera utama 12MP, kamera telefoto 12MP dan kamera ultra-lebar 12MP. Malah, anda boleh gunakan kamera utama itu untuk mengambil swafoto apabila ia digunakan bersama skrin hadapan demi mendapatkan mutu swafoto terbaik. Tidak banyak telefon andalan di luar sana yang membenarkan anda untuk mengambil swafoto seperti ini.

    Tiga kamera utama dalam Galaxy Z Fold3 5G boleh mengambil gambar yang sangat cantik

    Dengan Flex Mode, skrin besar pada telefon ini membolehkan anda untuk melihat dahulu (preview) gambar yang telah diambil tanpa mengakses Gallery. Ia turut menawarkan fungsi Director’s View untuk merakam video menggunakan beberapa kamera serentak serta Night Mode untuk prestasi penggambaran malap yang lebih jelas.

    Satu ciri yang menarik tentang kamera swafoto pada skrin utama Galaxy Z Fold3 5G adalah ia dibuat dengan teknologi kamera bawah skrin (under-display camera), jadi skrinnya tidak diganggu oleh takuk notch atau lubang punch-hole. Ini membuatkan skrin Galaxy Z Fold3 5G nampak lebih kemas dan anda boleh nikmati sebarang video atau game tanpa sebarang gangguan.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 5G. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon hebat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...