More

    Nothing Phone (2a) akan tampilkan dwi-kamera di tengah dan penutup badan 90°

    Pada acara Mobile World Congress (MWC) di Barcelona, syarikat teknologi berpusat di London, Nothing, mendedahkan reka bentuk telefon pintar terbaru mereka, Phone (2a). Telefon pintar ini mewakili konsep reka bentuk dalaman pertama Nothing dengan mengintegrasikan komponen ke dalam reka bentuk luaran untuk menunjukkan fungsi utama secara inovatif.

    Reka bentuk ini menampilkan “mata” yang diwakili oleh kamera dalam gelung NFC dengan elemen-elemen diposisikan menggunakan sistem grid bulat untuk sudut yang lebih bulat dan estetik yang lebih halus. Phone (2a) membawa penutup badan pada sudut 90° di bahagian sisi yang meningkatkan reka bentuk dan ketahanan dengan dwi-kamera berganda yang dipadankan dengan kemas.

    Selain itu, bahagian bawah telefon agak mengganggu aliran bahagian atas untuk mencapai keseimbangan asimetri manakala bahagian penutup bateri pula diilhamkan oleh peta kereta api bawah tanah New York yang dicipta oleh Massimo Vignelli. Selain itu, kedudukan dwi-kameranya telah direka supaya ia dapat menstabilkan telefon sewaktu diletakkan atas permukaan yang rata dan mengurangkan gangguan daripada jari sewaktu mengambil gambar.

    Maklumat lanjut akan didedahkan semasa acara ‘Fresh Eyes’ pada 5 Mac, jam 7:30 malam waktu Malaysia, boleh diakses melalui laman web rasmi Nothing. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...