More

    Nothing Phone (2a) Plus dilancar di Malaysia: Dimensity 7350 Pro, kamera 50MP+50MP, cas pantas 50W berharga RM1,999

    Nothing Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu Nothing Phone (2a) Plus. Ia menawarkan beberapa penambahbaikan berbanding Phone (2a) asal dan akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM1,999.

    Telefon ini dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 7350 Pro iaitu telefon pertama yang dilengkapi cipset tersebut dan buat masa ini hanya eksklusif untuk jenama Nothing sahaja. Cipset tersebut dibina dengan nod proses 4nm TSMC dan menawarkan prestasi 10% lebih tinggi dan prestasi GPU 30% lebih tinggi berbanding Phone (2a) asal.

    Satu lagi penambahbaikan adalah pada kamera swafoto, di mana Phone (2a) Plus dilengkapi kamera swafoto 50MP yang lebih tinggi daripada kamera swafoto 32MP pada Phone (2a) asal. Nothing juga mengatakan ia mempunyai algoritma mod potret yang diperbaharui bagi mengekalkan butiran-butiran kecil pada wajah seperti misai dan bulu kening.

    Selain itu, Phone (2a) Plus menyokong kadar pengecasan pantas 50W, lebih tinggi berbanding 45W pada Phone (2a) asal. Nothing mengatakan ia boleh mengecas penuh daripada 0% dalam masa sekitar 56 minit, namun perlu diingati bahawa pengecas tidak disertakan dalam kotak dan ia tidak menyokong pengecasan wayarles.

    Daripada segi rekaan, Phone (2a) Plus mempunyai saiz dan rekaan yang serupa dengan Phone (2a) asal, namun ia ditawarkan dalam warna baharu iaitu kelabu. Ia juga ditawarkan dalam warna hitam seperti Phone (2a) asal, lengkap dengan 3 jalur cahaya Glyph Interface.

    Untuk memori pula, Phone (2a) Plus ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu RAM 12GB dan storan dalaman 256GB. RAM itu boleh dibesarkan lagi secara maya sebanyak 8GB, menjadikan RAM keseluruhan kepada 20GB.

    Selain daripada pembaharuan di atas, spesifikasi lain dalam Phone (2a) Plus masih sama dengan Phone (2a) seperti skrin AMOLED 6.7″ 120Hz Full HD+, sistem operasi Android 14 dengan Nothing OS 2.6, bateri 5,000mAh, kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan pembesar suara stereo.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Nothing Phone (2a) Plus:

    "
    "
    • Skrin AMOLED 6.7 inci, resolusi Full HD+, kecerahan puncak 1,300 nits, sempadan bezel 2.1mm
    • Cipset MediaTek Dimensity 7350 Pro 5G
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 50MP
    • Kamera swafoto 50MP
    • Menyokong penstabilan OIS dan EIS
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 50W
    • Sistem operasi Android 14 dengan Nothing OS 2.6, akan menerima kemas kini utama selama tiga tahun dan kemas kini keselamatan selama empat tahun
    • Cahaya Glyph Interface
    • Pembesar suara stereo
    • Pilihan warna hitam dan kelabu
    • Harga: RM1,999

    Nothing Phone (2a) Plus boleh dibeli dari platform e-dagang Lazada atau Shopee, serta pengedar-pengedar sah seperti DirectD, TMT, Urban Republic, Vivid Concepts dan SS Solutions. Anda juga boleh membelinya dengan kontrak daripada CelcomDigi bermula bulan Oktober ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...