More

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula 8 September 2026 manakala jualan rasmi di kedai fizikal dan platform dalam talian bermula pada 20 September 2026.

    Nothing Phone (4b) dikuasakan oleh cip Snapdragon 6 Gen 4 dan dilengkapi sistem panel belakang Glyph Bar. Peranti menyatukan prestasi harian yang lancar dengan hayat bateri terpanjang pernah ditawarkan pada telefon pintar Nothing. Bahagian paparan imej menggunakan sistem kamera 50 MP yang menyokong penstabilan OIS dan EIS serta rakaman video 4K.

    Selain itu, ia menjalankan sistem operasi Nothing OS 4.1 berasaskan Android 16 yang diintegrasikan bersama Google Gemini dan ChatGPT. Nothing Phone (4b) akan menerima tiga kemas kini utama versi Android dan enam tahun kemas kini keselamatan.

    Fon telinga Nothing Ear (3a) pula menampilkan rekaan lutsinar bersama lampu petunjuk matriks 3-LED pada bekas pengecas. Peranti ini memperkenalkan fungsi Audio Capture yang merangkumi ciri Audio Snapshot untuk menyimpan maklumat daripada media dan fungsi rakaman panggilan terus melalui fon telinga.

    Ear (3a) dilengkapi pemandu dinamik 12mm, pembatalan hingar aktif (ANC) julat lebar 45dB, Static Spatial Audio dan pemalar 8-band Advanced EQ menerusi aplikasi Nothing X. Ia mampu menawarkan masa main balik sehingga 42 jam dengan bekas pengecas manakala pengecasan pantas lima minit memberikan masa penggunaan sehingga satu jam.

    Nothing Phone (4b) dijual pada harga RM1,599 dengan pembelian promosi ‘early bird’ bermula 8 September hingga 20 October 2026 ditawarkan pada harga RM1,499 berserta cenderamata percuma Nothing Foldable Backpack dan Nothing Phone Wrist Strap sementara stok masih ada.

    Fon telinga Nothing Ear (3a) pula ditawarkan pada harga RM399 dengan pilihan warna Merah Jambu, Putih, Kuning dan Hitam. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured