More

    Nvidia perkenalkan G-Assist, pembantu AI yang beri panduan dalam setiap “game” anda

    Nvidia telah memperkenalkan sebuah pembantu AI (AI Assistant) bernama G-Assist yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman gaming anda. Dalam sebuah demonstrasi pendek, Nvidia menunjukkan kebolehan G-Assist untuk membantu dalam pelbagai aspek seperti gaya permainan dan tetapan grafik komputer.

    Ia berfungsi dengan menerima arahan teks (text prompt) atau arahan suara (voice command) daripada pemain, kemudian menggabungkannya dengan sebarang imej yang dipaparkan pada skrin. Dengan menggunakan pemprosesan model bahasa besar (large language model) dan pangkalan data, G-Assist akan memberi tindak balas berdasarkan arahan yang diberikan tadi.

    G-Assist boleh memberi nasihat tentang gaya permainan
    Aliran tugas G-Assist
    Ia juga akan memberi cadangan untuk pembangunan kemahiran
    Ia boleh mengesan kebolehan grafik komputer anda dan mengoptimumkan prestasi berdasarkan kelengkapan PC

    Dalam demonstrasi tersebut, Nvidia menggunakan game ARK: Survival Ascended sebagai contoh. Pemain boleh menanyakan soalan seperti senjata yang sesuai pada waktu awal sesi permainan, kaedah paling cekap untuk menumpaskan musuh, garis kemahiran (skill tree) yang patut dikhususkan dan banyak lagi.

    Secara asasnya, G-Assist memudahkan pemain dalam mencari maklumat mengenai sesebuah game dan pemain tidak perlu lagi melayari puluhan laman web untuk melakukan sedemikian.

    Selain panduan sewaktu bermain game, ia juga boleh mencadangkan tetapan grafik yang paling optimum berdasarkan kelengkapan PC anda. Sebagai contoh, ia boleh kesan jika anda bermain pada kadar 60Hz sahaja sedangkan skrin anda menyokong kadar 240Hz. Ia juga boleh memberi cadangan untuk meningkatkan kadar bingkai (frame rate), dengan melaraskan tetapan grafik.

    Buat masa ini, G-Assist masih belum ditawarkan untuk para pengguna umum dan Nvidia juga tidak menyatakan bilakah ia akan dilancarkan secara komersial.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan teknologi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured