More

    OnePlus 11 dilancar: SD 8 Gen 2, RAM 16GB, tri-kamera Hasselblad bermula ~RM2,560

    OnePlus telah melancarkan telefon pintarnya yang pertama untuk 2023 iaitu OnePlus 11. Telefon ini menampilkan spesifikasi tercanggih untuk sebuah telefon pintar pada tahun ini, seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM 16GB, storand 512GB dan teknologi kamera Hasselblad.

    OnePlus 11 dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi 1440p, kadar segar semula 120Hz dan teknologi LTPO 3.0 yang membenarkan pelarasan kadar segar semula secara automatik daripada 1Hz ke 120Hz untuk menjimatkan penggunaan bateri.

    Memorinya terdiri storan UFS 4.0 dengan kapasiti 512GB dan RAM LPDDR5X dalam kapasiti 12GB atau 16GB. Untuk bateri pula, ia berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W, namun ia tidak boleh dicas secara wayarles.

    Kamera OnePlus 11 terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX890, autofokus phase-detect (PDAF) dan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 48MP dengan sensor Sony IMX581 serta kamera telefoto 32MP dengan sensor Sony IMX709 yang boleh zum sebanyak 2x. Di hadapan, terdapat kamera swafoto 16MP dalam lubang punch hole di bahagian atas kiri skrin.

    Sistem operasinya adalah Android 13 dengan antara muka ColorOS 13. Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hijau dan hitam.

    OnePlus 11 akan mula dijual di China pada 9 Januari 2023, dan berikut adalah varian memori dan harganya:

    • 12GB+256GB: CNY3,999 (~RM2,560)
    • 16GB+256GB: CNY4,399 (~RM2,820)
    • 16GB+512GB: CNY4,899 (~RM3,140)

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaanya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda inginkan OnePlus 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured